IKLAN

Khamis, 21 Februari 2013

Stadium Sultan Mizan Gong Badak Runtuh Lagi, 3 Parah.


KUALA TERENGGANU - Lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini yang dalam proses baik pulih, runtuh hari ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium itu.
"Dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pekerja yang parah ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21, manakala dua yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.
Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat runtuhan setengah jam selepas runtuhan dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, katanya.
Hamzah berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika ditemui pemberita di Seri Iman di sini, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.
Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Ahmad Faizan Ramli yang juga rakan mangsa berkata beliau mendengar satu bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat kerangka besi itu runtuh menghempap rakannya.
"Ketika kejadian rakan-rakanya sedang melakukan kerja pemotongan struktur bumbung lama yang turut membabitkan penggunaan beberapa kren," katanya. - Bernama

Sepertimana yang kita tahu sebelum ini kejadian bumbung stadium Gong Badak ini pernah runtuh pada Jun 2009 dan kali ini, Februari 2013 dikatakan runtuh lagi. Dikhabarkan 3 orang cedera dalam kejadian runtuh tersebut. Namun begitu maklumat sebenar belum lagi di sahkan tetapi sudah kecoh disebarkan berita mengenai Stadium Gong Badak ini.


Gambar kejadian bumbung stadium Gong Badak yang pernah runtuh pada Jun 2009 

Kini pada Feb 2013 Stadium Sultan Mizan Runtuh lagi  
saksikan gambar-gambar di bawah ini.


Stadium yang sedang dibaik pulih sebelum kejadian runtuh pagi tadi



Menurut beberapa sumber mengatakan, menurut beberapa pekerja di sana:

Pihak JKR dan kontraktor yang tebabit sedang dalam proses untuk memotong dan membuang besi kerangka bumbung yang terdapat pada bangunan stadium di sebelah selatan, di mana proses ini telah bermula sejak bulan lepas. 
Proses ini dilakukan bagi menggantikan bumbung yang lebih sesuai bagi stadium tersebut mengikut keadaan tempat dan cuaca di sini atau dalam erti kata lain, bumbung berkenaan ‘memang perlu dirobohkan’ kerana ianya merupakan salah satu proses dalam penggantian bumbung baru.


Runtuhan kerangka bumbung stadium anggaran 100M x 50M semasa kerja kerja memotong dijalankan (kerangka lama akan diganti dgn kerangka baru).3 Mangsa lelaki rakyat tempatan iaitu Mohd Naziru Nizam bin Marzuki.- 25 tahun. Wan Mohd FajrulAzmi bin Wan Ahmad -26 tahun dan Mohd Shaidi bin Ismail -21 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik