IKLAN

Rabu, 13 Februari 2013

Rahsia Al-Qur'an Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Luas

sharecrite.blogspot.com

Bismillah: Assalamu 'Ala Man ittaba'aa al-Huda.

Untuk rencana kali ini, saya berikan untuk sahabat dan rakan-rakan Rahsia al-Qur'an untuk mendapatkan rezeki yang luas dan berlimpah-limpah. Mudah-mudahan bermanfaat. Aaamiiin.

 
Rencana ini dipetik dari blog As-Syifa' Melaka,

Kehidupan ini bergantung sepenuhnya kepada-Nya kerana Dialah Tuhan yang Maha Kaya. Apa jua yang dimiliki oleh hamba-Nya hanyalah semata-mata pinjaman daripada-Nya. Hambanya tetap fakir kepada-Nya. Moga dengan keberkatan amalan yang diamalkan oleh mereka yang terdahulu akan memperolehi limpahan rezeki melalui kaedah-kaedah diakui keberkesanannya.


“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki”. (Ar-Ra’d:26)


AMALAN 1.

Setelah mendirikan solat Tahiyatul Masjid, hendaklah ia membaca Bismillah

(بسم الله الرحمن الرحيم ) 

sebanyak 112 kali. Bacaan perlu dihabiskan sebelum azan pertama solat jumaat. Ketika khatib memulakan bacaan doa di khutbah yang kedua, hendaklah ia membaca Bismillah sekali lagi dan berdoa dengan apa yang dihajatkannya; antaranya agar dimurahkan rezeki. Cara kedua pula dengan membaca sebanyak 113 kali BIsmillah dan berdoa ketika khatib sedang duduk antara dua khutbah.


AMALAN 2

Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 300 kali semasa matahari mula terbit dengan menghala muka ke arahnya sambil berselawat 300 kali ke atas Nabi Muhammad, insyaAllah direzekikan kepadanya oleh Allah Ta’ala dengan tidak terkira pada hari tu.


AMALAN 3

Apabila dibaca sebanyak 41 kali Al-Fatihah beserta Bismillah sesudah mengerjakan solat sunat Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh, insyaAllah akan dimurahkan rezeki, hutang dapat dilangsaikan dan sakit akan disembuhkan.


AMALAN 4

Sesiapa yang membiasakan membaca surah Al-Fatihah beserta Bismillah sebanyak 7 kali sesudah mengerjakan solat Fardhu lima waktu maka Allah Ta’ala akan membukakan untuknya pintu-pintu kebaikan selama masih terus beristiqamah mengamalkannya.


…siri 1 : Petikan dari buku sahabat baikku Ust.Hanif Hj.Ghazali, Mudir Madrasah Zubaidiyah Merbok Kedah bertajuk “ 101 Amalan Pemurah Rezeki & Pelaris”.


Sumber: rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik